dear A . o . I,
2 minggu lepas-Aq terkilan.Seorang dr kawan aq meninggal dunia(innalillah).Aq kesdihan.ape yang kerap menerpa di legar minda aq hanyalah tawa riang,lawak masuk-air,debat-kedai-kopi,pengisian da'i,muzakarah2 yg kami isi dalam ruang mase yg telah berlalu n konpim x berulang kembali.Namun,aq bertindak untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi or mimik muke yg terang2 aq berduka.Aq x mahu org lihat aq berduka,tp dalam hati ALLAH saje yg maha tahu.
3.05a.m,28 noVember-terlintas nostalgia arwah kawan aq di kotak memori.Suara hati aq berkate,
"Betapa Tuhan sayang akan die,sampaikan dalam waktu yg begitu muda,Allah telah menjemput die pulang ke sisi-Nya".....
"betapa cinta dan sayang aq pada sahabat,tetap xkan dapat melebihi cinta dan kasih sayang ALLAH pada sahabat"
aq mule berfikir tentang "kecintaanku".....................
-CINTA ku pada Allah
*betapa aq hanya usahakan ketika susah,mudarat dan terdesak.Aq tggalkan bila aq disorong dgn kesenangan,kemudahan dan keselesaan.
*tp sebaliknye,betapa aq futur sekalipun Allah tetap berikan nikmatnye pada aq,tetap menunjukkan rase cintanye pada hambanya,walaupun cinta-Nya hanya layak bg yg benar2 mencintainya.
*kata org,cukupla aq dapat meraih cinta ALLAH,aq punya segala-galanye......
-CINTA ku pada RASULULLAH
*betapa aq berharap pada syafaat baginda nanti,tp tetap aq tingalkan sunnah baginda dan lebih rela mengikuti trend musuh baginda..namun,baginda masih begitu risaukan umatnye,mengalahkan risaunye ibu mengandung..akhir kalam baginda,masih meniti di bibir mulia..."ummati..ummati..ummati.."
-CINTA ku pada famili
*aq mulakan hidup dgn famili...jatuh bangun aq dalam permulaan mengenal dunia adalah bersama dgn keluargaku..Bila aq sudah mampu dan betah hidup di dunia,adakah aq akan melupakan mereka?
*betapa aq cinta akan harta dunia,famili menjadi keutamaan...
..................keluargaku,kecintaanku...........................
-CINTA ku pada sahabat
*sahabat,kelompok manusia selepas keluarga yg aq kenal...,menceriakan atmosfera dunia aq,meredupkan matahari kemarahan aq,menenangkan ombak kesedihan aq..........melengkapkan hidup aq..
*sekali berkawan,mereka lah kawan ku selame-lamenye...ku terima baik buruk mereka,kerana mereka adalah manusia yg melakukan silap,begitu juga aq....maafkan aq sahabat...
.....................mereka adalah sahabat...........................
-CINTA ku pada guru
*betapa guru tabah mengajar aq..dr mu, ku timba secangkir ilmu..sesungguhnya guru sayang akan aq..
aq juga sayang akan guru dan berharap rasa ini akan abadi untuk selamanya..
*marah bukan tanda kebencian,tp tanda sayang..
-CINTA ku pada dia
*no komen..(not eighteen yet..i'll update it soon)
Ya Allah,suburkan CINTA-MU dalam diri ku dan sekalian muslimin.
Ya Rasulullah,terimalah aq menjadi umatmu,
sahabat,guru,femili,dan dia.....
~AQ CINTA KAMU~
(semoga cinta kita berteduh di bawah lembayung cinta ALLAH)
p/s:syukran A . o . I..hehe